...... here I am trying to blog about my trip and vacation. Though I have the habit of writing the dairy when I go on a vacation, I never converted them digitally. This is my first attempt to narrate my trip experience. So far my previous trip bring me to all states in peninsular , all districts in sabah , all divisions in sarawak , brunei , labuan , to the highest peak of south east asia , singapore , batam , bandung , jakarta , padang , pagar ruyong , bukit tinggi, kalimantan , chiangmai , ho chi ming , chiang rai , bangkok , meisan , golden triangle , hanoi , new york , washington , san francisco , san jose , los angeles , hollywood , arizona , grand canyon , las vegas, chicago and crossing canada , alaska , northpole , siberian , mongolian ,, delhi , jaipur , agra , taj mahal , yangon , , beijing , vientiane , nong khai , udon thani , jeddah , madinah and mecca .My whole trip experience will be covered in my several blogs ( I will write as n when I get time ) . I will also upload my photos and provide the link.....

Jumaat, 12 Oktober 2012

Laos - Melancong ke Vientiane Day 1 Episod 3 Nong Khai

...... 2:10pm sampai di stesen bas Nong Khai kami diserbu oleh 'driver-driver taxi'. masing-masing menanyakan kemana kami ingin pergi . berebut-rebut mereka ini . tapi yang bagusnya semua mereka ini bukan ulat-ulat seperti di stesen bas central vientiane . Di Nong Khai semua pemandu taxi ini memakai uniform berkala hijau dan putih .... isehman macam bendera PAS la pulak .

Bila direbut-rebut oleh pemandu taxi ini , kamilah pulak yang bermasalah kerana tak tahu nak kemana sebenarnya . mulanya kami ingatkan dekat  stesen bas itu ada banyak hotel , rupenya tiada hotel disekitar stesen bas . Akhirnya kami menanyakan kepada seorang pemandu taxi itu dimanakan hotel yang murah . Dia tak faham apa kami cakap tapi kami cakap 'hotel cheap cheap' baru dia faham .... ooooo dia cakap ada hotel harga 200 bath semalam berhampiran dengan tepi sungai Mekong .

Aku hampir bersetuju jer dengan hotel yang dicadangkan olehnya itu tapi kemudian baru teringat ada tak restoran hala dekat area hotel tu . Dia tak faham . lepas puas bersoal jawab tentang resotoran halal dia masih tak faham . akhirnya aku tunjukkan satu gambar yang kebetulan aku print sebelum berangkat ke Vientiane iaitu gambar restoran halal. Dia tengok gambar tu terus dia cakap bergini kat aku " ooooooo kedai islam' ..... laaa tahu pulak dia kedai islam . bila confirm dia dah tahu lokasi kedai islam tesebut maka aku suruh dia baawa ke hotel murah yang paling dekat dengan kedai islam tersebut . Harga yang ditetapkan ialah 30 bath seorang kalau emapat orang 120 bath tapi selepas tawar menawar dia setuju 100 bath utk 4 orang . Sebenarnya harga dia tak boleh tipu sebab telah siap ditampal di belakang tempat duduk penumpang . Jarak sekian sekian harga berapa . memang ifisien sikit sistem taxi di Nong Khai ini berbading dengan Vientiane .

Sebenarnya taxi kat sini ialah Tuk-Tuk roda tiga tu la juge he he he.

Jarak daripada stesen bas ke hotel tak jauh mana tapi kalau menapak dengan bag yang berat mahu runtuh bahu dibuatnya . Dari stesen bas tu keluar simpang ke jalan utama belok kiri kemudian jalan dalam 1 km dah belok kanan jalan lagi dalam 50meter dah sampai kat hotel . sebelum belok kanan tu driver tuk tuk tu tunjukkan aku lokasi kedai islam tesebut . dekat jer dengan hotel . menapak sekejab dah sampai .

Bila sampai hotel dalam kul 2:30pm , tengok hotel macam tak meriah jer . bila tanya bilik ada aircond untuk harga 20 bath tu dia cakap tiada  . lepas tu aku minta bilik ada aircond harga dalam 50 bath tapi katil pulak king size punya katillll ... wei aku nak tidur 2 orang laa . lelaki . nak dua katil twin . so aku blah dari hotel tu dan pergi ke hotel depan hotel tadi dan tanya punya tanya dan tengok bileh puas hati dan bayar 55 bath utk semalam . ada tv tapi peti ais takde r . presure air kuat . bilik kemas , tandas bersih . bilik kecil tapi okaylah cuma buka tingkap nampak rumah orang kat sbelah he hehe .kalau ambil kayu boleh meniti ke rumah sebelah ..

lepas berehat dalam hotel , mandi dan solat dalam 3:30pm kami pergi makan di kedai islam .

kedai islam ini tak susah nak cari sebab ianya di jalan utama Nong Khai .Nama kedai ialah Mariam Restoran . Mariam ni orang golok  tapi laki dia orang pakistan . Ada seorang anak perempuan . Dah besar panjang . cakap inggeris fasih gila tapi cakap melayu tak fasih sangat . Si Mariam dan mamat pakistan tu memang fasih cakap melayu kelate . Nama lelaki itu ialh Ali . orang panggil Ali Petani . mariam ni pernah beriaga dimacam-macam tempat jual kain . Di jalan TAR KL pun dia pernah berniaga tapi fail . nampak gaya perniagaan restoran dia ni agak berjaya . Dia sewa sebulan Rm1000 utk kedai 3 tingkat di bandar Nong Khai ini . Mereka bertiga tinggal di kedai itu . Ali adalah Presiden Persatuan Muslim Nong Khai.

Sonia nama anak perempuannya . Cis!!!!nama anak pun ambil tahu ke . bukan ke nak pergi makan jer kat restoran ini .

Macam-macam menu ada kat sini . Sup ekor lembu pun ada . Nasi patprit ada . macam2 masakan thai ada kat sini . Kebab pun ada . Sonia yang masak.

di kedai ini kami berkenalan dengan seorang pengembara backpack dari bangkok . Seorang budak muda yang bejanggut tebal dan mengamalkan Islam sepenuhnya dan suka melancung seorang diri . bagus budak ini . kerja bidang IT di Bangkok . Asal Bangkok tinggal di tepi lapangan terbang utama Bangkok . Fasih cakap Melayu . Muka pun Macam melayu . dan memang melayu thai. Imron namanya . Senanglah lepas ni kalau nak melancung ke Bangkok dah ada kawan yang fasih berbahasa melayu dan Inggeris . Dia datang dari bangkok memalui beberap daerah di Thai utara . Juga pernah ke Cambodia dan Saigon menaiki bas .

Dalam jam 5:30pm selepas berborak panjang dan makan kami berjalan sekitar pekan Nang Khoi dengan ditemani dan tunjuk arah oleh Imron . Lokasi pertama ialah Bazar Siang Nong Khai . Ini adalah pusat perniagaan utama di Nong Khai . Lokasinya hanya di hujung lorong htel kami . ada beberapa lorong yang beratap yang dijadikan sebagai gerai-gerai perniagaan . Bazar ini bersampung pula dengan Nong Khai River Front . Kami hanya berjalan window shoping disini . Sebab utama perjalanan kali ini bukan utk shoping tapi utk sight seeing sahaja . Jadi kami tak beli apa-apa disini walaupun murah . Kami terus ke Water Front .

Wow cantiknya water front Nong Khai ini . bersih . di tepi Sungai Mekong . Sepajang water front ada bermacam decorasi yang menarik dan ada beberapa Guest House yang cantik dan bersih . Alamak ..... kenapa driver tuk tuk tak bawa kesini dulu tadi . kalau tak mesti best duduk kat Guest House ini yang menghadap ke Sungai Mekong . Boleh Tengok Sunrise dan Sunset dari beranda Guest House ni . harga pun murah dalam 55 bath jer sama jer macam hotel kami . frustnye.

Sedang bersiar-siar di water front .datang pulak anak gajah bermain-main di water front bersama tuannya yang menjual tepu berharga 20 bath untuk diberi makan gajah . apa lagi kami belilah tepu dan mula bergambar dengan anak gajah he he he he . Jinaknya dan manjanya gaja ni .

kami ronda-ronda disekitar water front ini sehingga sunset dan wow cantiknya sunset kat sini . Kemudian kami menuju ke stesen bas berjalan kami bagi meghantar Imron utk pulang ke bangkok dengan bas .

Selepas bersalam-salamannya dengan Imron . kami berjalan lagi pusing-pusing sekitar Nong Khai . sebelum tu memandangkan waktu maghrib dah masuk aku niat jamak takhir dulu maghrib  ke isyak. wow makin sibuk pulak jalan utama dari stesen bas menuju ke hotel kami . ramai peniaga-peniaga berjualan buah-buhan ditepi jalan .

Jam 8mlm kami balik hotel utk rehat dan solat . kemudian jam 9pm kami ke kedai islam lagi seklai utk makan malam . Selepas makan kami ke Water Front lagi sekali untuk meninjaunijau kalau kalau ada semburan bebola api dari naga sungai mekong tapi hampa . dan memang sunyai betul water front di malam hari . ada dua tiga orang budak bermain gitar menhiburkan diri endiri ... kemudia kami dicide utk pulang dan tisdur jaam 11 mlm . tidur





Tiada ulasan: