...... here I am trying to blog about my trip and vacation. Though I have the habit of writing the dairy when I go on a vacation, I never converted them digitally. This is my first attempt to narrate my trip experience. So far my previous trip bring me to all states in peninsular , all districts in sabah , all divisions in sarawak , brunei , labuan , to the highest peak of south east asia , singapore , batam , bandung , jakarta , padang , pagar ruyong , bukit tinggi, kalimantan , chiangmai , ho chi ming , chiang rai , bangkok , meisan , golden triangle , hanoi , new york , washington , san francisco , san jose , los angeles , hollywood , arizona , grand canyon , las vegas, chicago and crossing canada , alaska , northpole , siberian , mongolian ,, delhi , jaipur , agra , taj mahal , yangon , , beijing , vientiane , nong khai , udon thani , jeddah , madinah and mecca .My whole trip experience will be covered in my several blogs ( I will write as n when I get time ) . I will also upload my photos and provide the link.....

Rabu, 10 Oktober 2012

Laos - Melancong ke Vientiane Day 1 Episod 2 Immigresen Cross Border Laos/Thai

......... menurut tukang jaga tiket kaunter yang sentiasa manis dengan senyuman itu .... wehhh bukan perempuan lah tapi lelaki yang cukup sopan dan ramah melayan pelangan  perjalan dari Vientiane ke Nong Khai akan mengambil masa kurang lebih 1 jam setengah hingga ke stesen bas Nong khai. ituitu termasuk urusan iigresen di dua chcek point .

Sebenarnya tak jauh pun antara Vientiane dan Nong Khai ini iaitu hanya mungkin dalam 25 km sahaja keseluruhan perjalanan iaitu 20km di sebelah Laos dan 5 km di sebelah Thailand.

Jalan dari Vientiane ke Nong Khai ini cukup cantik . sekali sekala ada lubang tu adatlah . jalan kat rumah aku kat bandaraya Kula Lumpur yang indah itu pun banyak lopak lopak . silap silap jalan ke rumah aku itu lagi teruk dari jalan antara Vientinae ke Nong Khai ini . ha ha ha . betul tak tidur dah puas aku complain kat pihak bekuasa tempatan tapi mungkin dia tunggu ada  kemalangan meragur nyawa baru tindakan akan diambil . betul tak  tipu . itu adalah jawapan yang diberi oleh mereka sendiri pihak PBT kita di malaysia .
jalan Vientinae ke  Imigresen ini 2 lorong . puh best laju tapi lorong yang tepi tu agak kecil mungkin utk motor sebab motor dan tuk tuk banyak . ini lagi satu kelebihan laos . depa prihatin kepada pengguna motor sikal .

Aku gelabah juga masa dalam bas ini aku tengok ramai orang dah ada dkumen VOA dalam tangan masing masing sedang kan aku tiada lagi . tapi buat cool jer lah . tapi tak leh jadi so aku tanya attendance tu ada tak borang VOA Thai . dia kata nanti sampai dekat border Tahi baru ambil borang tu .... ha  ha ha lega aku . tapi confirm que panjang nanti bila aku telah selesai isi borang VOA aku sebab depa dah ramai yang ada borang VOA kat tanggan . Mungkin mereka tu selalu kemular masuk border Laos/Thai sebab tu simpan banyak borang tu kat rumah ha ha ha ha . teka aku jer la .

Sampai imigresen semua kena turun dan beratur di kaunter check out imigresen . panjang jugalah sebab waktu dan tengah hari . mungkin orang tengah peak hour keluar masuk sempadan . banyak bas pelancong dan kereta persendirian dan mosikal beratur menunggu giliran tapi nabin baik ada empat kaunter yang buka jadi agak laju jugalah ....aku takut ketinggalna bas ajer .

Tapi jangan takut , sebab bas akan pastikan semua penumpang sudah ada dalam bas baru dia akan bergerak ke chekc point kedua . Seorang assistan bas akan tunggu dekat dengan kaunter imigresen jika ada penumpangnya yang bermasalah dia akan cuba selesaikan . BAGUSKAN ?  TAPI AWAS . kalau anda bukan ASEAN , Japan , Korea anda kena apply visa siap siap sebelum ke sempadan.... kalau masa tu baru nak apply memang bas akan tinggalkan lah sebab proses aplly visa memang lambat gila .. tapi mujur aku orang malaysia jadi hulur jerlah passport dan dapat 14 hari VOA ha ha ha . Di imigresen kita kena tunjukan departure form yang kita telah isi masa nak masuk Laos tadi . Imigresen akan ambil departure form tu . PASTIKAN DEPARTURE FORM tidak hilang jiak tidak anda tak dibenarkan meninggalkan LAOS ... sama jer macam negara lain rasanya .

Selesai urusan imigresen ada satu lagi kaunter itu anda kena bayar EXIT TAX sebanyak 9000 kip . Selesai ambil tiket EXIT TAX tu anda akan melalui satu lagi check point . terakhir di komplek imigresen LAOS ini . check point ini akan pastikan anda telah membayar EXIT Tax  . Tunjukan resit bayaran tersebut dan akanda akan dibebaskan dari komplek tersebut . ha ha ha ha .... sebenarnya ada satu lagi kaunter tapi kali ini anda boleh ignore jer kaunter s=tersebut sebab bas anda telah menunggu anda . Jika anda naik mini van tadi anda perlu ke kaunter ini sebab ianya menjual tiket shuttle bas bernilai 15 bath utk menyemberangi jambatan Frienship Bridge itu . Tapi sebab anda telah naik teus dari Vientinae ke Nong Khai anda terus tuju kepada bas anda sahaja .

Bila semua penumpang telah ada dalam bas maka bas akan jalan . proses di imigresen laos ini lebih kurang 15 ke 30 minit bergantung kepada kesesakan di kaunter. Bas akan melintasai Sungai Mekong dan tiba di Check Point Thai lebih kurang 5 minit kemudian . Bas akan turunkan anda untuk pemeriksaan di Chek point Thai . Anda kena ambil semua bag anda disini jangan tinggalkan satu bag pun didalam bas kerana semua bag akan diperiksa satu persatu  disini . Tapi mula-mula aku kena ambil dulu borang VOA di kaunter imigresen thai . kemudia isi borang selepas itu beratur utk pemeriksaan passport . urusan di kaunter imigresen thai juga cukup efisien dan mudah sekejab jer telah lepas . selepas urusan imigresen anda kena buat pemeriksaan kastam dan keselamatan . semua bag akan di scan dan jika mencurigakan makan bag akan diselongkar . masukan semua kamrea ke lap top ke dalam bag dan scan sekali . itu yang terbaik utk memudahkan proses disini .

Selesai urusan keselamatan dan kastam maka anda terus menuju ke bas tadi semua ....30 minit urusan disini selesai

Bas akan bergerak bila semua penumpang telah masuk kedalam bas . TAPI jika anda ingin menaiki keretaapi ke destinasi lain seperti udon thani atau bangkok maka anda kena berhenti disini dan ambil tuk tuk atau berjalan kaki ke stesen keretapi .

Dalam 5 ke 10 minit bas akan sampai di stesen bas Nong Khai . selesai urusan cross border. MUDAH KAN ? jadi bila anda datang ke Vientiane jangan lupa masukkan satu hari agenda ke Nong Khai dan Udon Thani .


Tiada ulasan: