...... here I am trying to blog about my trip and vacation. Though I have the habit of writing the dairy when I go on a vacation, I never converted them digitally. This is my first attempt to narrate my trip experience. So far my previous trip bring me to all states in peninsular , all districts in sabah , all divisions in sarawak , brunei , labuan , to the highest peak of south east asia , singapore , batam , bandung , jakarta , padang , pagar ruyong , bukit tinggi, kalimantan , chiangmai , ho chi ming , chiang rai , bangkok , meisan , golden triangle , hanoi , new york , washington , san francisco , san jose , los angeles , hollywood , arizona , grand canyon , las vegas, chicago and crossing canada , alaska , northpole , siberian , mongolian ,, delhi , jaipur , agra , taj mahal , yangon , , beijing , vientiane , nong khai , udon thani , jeddah , madinah and mecca .My whole trip experience will be covered in my several blogs ( I will write as n when I get time ) . I will also upload my photos and provide the link.....

Jumaat, 12 Oktober 2012

Laos - Melancong ke Vientiane Day 1 Episod 3 Nong Khai

...... 2:10pm sampai di stesen bas Nong Khai kami diserbu oleh 'driver-driver taxi'. masing-masing menanyakan kemana kami ingin pergi . berebut-rebut mereka ini . tapi yang bagusnya semua mereka ini bukan ulat-ulat seperti di stesen bas central vientiane . Di Nong Khai semua pemandu taxi ini memakai uniform berkala hijau dan putih .... isehman macam bendera PAS la pulak .

Bila direbut-rebut oleh pemandu taxi ini , kamilah pulak yang bermasalah kerana tak tahu nak kemana sebenarnya . mulanya kami ingatkan dekat  stesen bas itu ada banyak hotel , rupenya tiada hotel disekitar stesen bas . Akhirnya kami menanyakan kepada seorang pemandu taxi itu dimanakan hotel yang murah . Dia tak faham apa kami cakap tapi kami cakap 'hotel cheap cheap' baru dia faham .... ooooo dia cakap ada hotel harga 200 bath semalam berhampiran dengan tepi sungai Mekong .

Aku hampir bersetuju jer dengan hotel yang dicadangkan olehnya itu tapi kemudian baru teringat ada tak restoran hala dekat area hotel tu . Dia tak faham . lepas puas bersoal jawab tentang resotoran halal dia masih tak faham . akhirnya aku tunjukkan satu gambar yang kebetulan aku print sebelum berangkat ke Vientiane iaitu gambar restoran halal. Dia tengok gambar tu terus dia cakap bergini kat aku " ooooooo kedai islam' ..... laaa tahu pulak dia kedai islam . bila confirm dia dah tahu lokasi kedai islam tesebut maka aku suruh dia baawa ke hotel murah yang paling dekat dengan kedai islam tersebut . Harga yang ditetapkan ialah 30 bath seorang kalau emapat orang 120 bath tapi selepas tawar menawar dia setuju 100 bath utk 4 orang . Sebenarnya harga dia tak boleh tipu sebab telah siap ditampal di belakang tempat duduk penumpang . Jarak sekian sekian harga berapa . memang ifisien sikit sistem taxi di Nong Khai ini berbading dengan Vientiane .

Sebenarnya taxi kat sini ialah Tuk-Tuk roda tiga tu la juge he he he.

Jarak daripada stesen bas ke hotel tak jauh mana tapi kalau menapak dengan bag yang berat mahu runtuh bahu dibuatnya . Dari stesen bas tu keluar simpang ke jalan utama belok kiri kemudian jalan dalam 1 km dah belok kanan jalan lagi dalam 50meter dah sampai kat hotel . sebelum belok kanan tu driver tuk tuk tu tunjukkan aku lokasi kedai islam tesebut . dekat jer dengan hotel . menapak sekejab dah sampai .

Bila sampai hotel dalam kul 2:30pm , tengok hotel macam tak meriah jer . bila tanya bilik ada aircond untuk harga 20 bath tu dia cakap tiada  . lepas tu aku minta bilik ada aircond harga dalam 50 bath tapi katil pulak king size punya katillll ... wei aku nak tidur 2 orang laa . lelaki . nak dua katil twin . so aku blah dari hotel tu dan pergi ke hotel depan hotel tadi dan tanya punya tanya dan tengok bileh puas hati dan bayar 55 bath utk semalam . ada tv tapi peti ais takde r . presure air kuat . bilik kemas , tandas bersih . bilik kecil tapi okaylah cuma buka tingkap nampak rumah orang kat sbelah he hehe .kalau ambil kayu boleh meniti ke rumah sebelah ..

lepas berehat dalam hotel , mandi dan solat dalam 3:30pm kami pergi makan di kedai islam .

kedai islam ini tak susah nak cari sebab ianya di jalan utama Nong Khai .Nama kedai ialah Mariam Restoran . Mariam ni orang golok  tapi laki dia orang pakistan . Ada seorang anak perempuan . Dah besar panjang . cakap inggeris fasih gila tapi cakap melayu tak fasih sangat . Si Mariam dan mamat pakistan tu memang fasih cakap melayu kelate . Nama lelaki itu ialh Ali . orang panggil Ali Petani . mariam ni pernah beriaga dimacam-macam tempat jual kain . Di jalan TAR KL pun dia pernah berniaga tapi fail . nampak gaya perniagaan restoran dia ni agak berjaya . Dia sewa sebulan Rm1000 utk kedai 3 tingkat di bandar Nong Khai ini . Mereka bertiga tinggal di kedai itu . Ali adalah Presiden Persatuan Muslim Nong Khai.

Sonia nama anak perempuannya . Cis!!!!nama anak pun ambil tahu ke . bukan ke nak pergi makan jer kat restoran ini .

Macam-macam menu ada kat sini . Sup ekor lembu pun ada . Nasi patprit ada . macam2 masakan thai ada kat sini . Kebab pun ada . Sonia yang masak.

di kedai ini kami berkenalan dengan seorang pengembara backpack dari bangkok . Seorang budak muda yang bejanggut tebal dan mengamalkan Islam sepenuhnya dan suka melancung seorang diri . bagus budak ini . kerja bidang IT di Bangkok . Asal Bangkok tinggal di tepi lapangan terbang utama Bangkok . Fasih cakap Melayu . Muka pun Macam melayu . dan memang melayu thai. Imron namanya . Senanglah lepas ni kalau nak melancung ke Bangkok dah ada kawan yang fasih berbahasa melayu dan Inggeris . Dia datang dari bangkok memalui beberap daerah di Thai utara . Juga pernah ke Cambodia dan Saigon menaiki bas .

Dalam jam 5:30pm selepas berborak panjang dan makan kami berjalan sekitar pekan Nang Khoi dengan ditemani dan tunjuk arah oleh Imron . Lokasi pertama ialah Bazar Siang Nong Khai . Ini adalah pusat perniagaan utama di Nong Khai . Lokasinya hanya di hujung lorong htel kami . ada beberapa lorong yang beratap yang dijadikan sebagai gerai-gerai perniagaan . Bazar ini bersampung pula dengan Nong Khai River Front . Kami hanya berjalan window shoping disini . Sebab utama perjalanan kali ini bukan utk shoping tapi utk sight seeing sahaja . Jadi kami tak beli apa-apa disini walaupun murah . Kami terus ke Water Front .

Wow cantiknya water front Nong Khai ini . bersih . di tepi Sungai Mekong . Sepajang water front ada bermacam decorasi yang menarik dan ada beberapa Guest House yang cantik dan bersih . Alamak ..... kenapa driver tuk tuk tak bawa kesini dulu tadi . kalau tak mesti best duduk kat Guest House ini yang menghadap ke Sungai Mekong . Boleh Tengok Sunrise dan Sunset dari beranda Guest House ni . harga pun murah dalam 55 bath jer sama jer macam hotel kami . frustnye.

Sedang bersiar-siar di water front .datang pulak anak gajah bermain-main di water front bersama tuannya yang menjual tepu berharga 20 bath untuk diberi makan gajah . apa lagi kami belilah tepu dan mula bergambar dengan anak gajah he he he he . Jinaknya dan manjanya gaja ni .

kami ronda-ronda disekitar water front ini sehingga sunset dan wow cantiknya sunset kat sini . Kemudian kami menuju ke stesen bas berjalan kami bagi meghantar Imron utk pulang ke bangkok dengan bas .

Selepas bersalam-salamannya dengan Imron . kami berjalan lagi pusing-pusing sekitar Nong Khai . sebelum tu memandangkan waktu maghrib dah masuk aku niat jamak takhir dulu maghrib  ke isyak. wow makin sibuk pulak jalan utama dari stesen bas menuju ke hotel kami . ramai peniaga-peniaga berjualan buah-buhan ditepi jalan .

Jam 8mlm kami balik hotel utk rehat dan solat . kemudian jam 9pm kami ke kedai islam lagi seklai utk makan malam . Selepas makan kami ke Water Front lagi sekali untuk meninjaunijau kalau kalau ada semburan bebola api dari naga sungai mekong tapi hampa . dan memang sunyai betul water front di malam hari . ada dua tiga orang budak bermain gitar menhiburkan diri endiri ... kemudia kami dicide utk pulang dan tisdur jaam 11 mlm . tidur





Rabu, 10 Oktober 2012

Laos - Melancong ke Vientiane Day 1 Episod 2 Immigresen Cross Border Laos/Thai

......... menurut tukang jaga tiket kaunter yang sentiasa manis dengan senyuman itu .... wehhh bukan perempuan lah tapi lelaki yang cukup sopan dan ramah melayan pelangan  perjalan dari Vientiane ke Nong Khai akan mengambil masa kurang lebih 1 jam setengah hingga ke stesen bas Nong khai. ituitu termasuk urusan iigresen di dua chcek point .

Sebenarnya tak jauh pun antara Vientiane dan Nong Khai ini iaitu hanya mungkin dalam 25 km sahaja keseluruhan perjalanan iaitu 20km di sebelah Laos dan 5 km di sebelah Thailand.

Jalan dari Vientiane ke Nong Khai ini cukup cantik . sekali sekala ada lubang tu adatlah . jalan kat rumah aku kat bandaraya Kula Lumpur yang indah itu pun banyak lopak lopak . silap silap jalan ke rumah aku itu lagi teruk dari jalan antara Vientinae ke Nong Khai ini . ha ha ha . betul tak tidur dah puas aku complain kat pihak bekuasa tempatan tapi mungkin dia tunggu ada  kemalangan meragur nyawa baru tindakan akan diambil . betul tak  tipu . itu adalah jawapan yang diberi oleh mereka sendiri pihak PBT kita di malaysia .
jalan Vientinae ke  Imigresen ini 2 lorong . puh best laju tapi lorong yang tepi tu agak kecil mungkin utk motor sebab motor dan tuk tuk banyak . ini lagi satu kelebihan laos . depa prihatin kepada pengguna motor sikal .

Aku gelabah juga masa dalam bas ini aku tengok ramai orang dah ada dkumen VOA dalam tangan masing masing sedang kan aku tiada lagi . tapi buat cool jer lah . tapi tak leh jadi so aku tanya attendance tu ada tak borang VOA Thai . dia kata nanti sampai dekat border Tahi baru ambil borang tu .... ha  ha ha lega aku . tapi confirm que panjang nanti bila aku telah selesai isi borang VOA aku sebab depa dah ramai yang ada borang VOA kat tanggan . Mungkin mereka tu selalu kemular masuk border Laos/Thai sebab tu simpan banyak borang tu kat rumah ha ha ha ha . teka aku jer la .

Sampai imigresen semua kena turun dan beratur di kaunter check out imigresen . panjang jugalah sebab waktu dan tengah hari . mungkin orang tengah peak hour keluar masuk sempadan . banyak bas pelancong dan kereta persendirian dan mosikal beratur menunggu giliran tapi nabin baik ada empat kaunter yang buka jadi agak laju jugalah ....aku takut ketinggalna bas ajer .

Tapi jangan takut , sebab bas akan pastikan semua penumpang sudah ada dalam bas baru dia akan bergerak ke chekc point kedua . Seorang assistan bas akan tunggu dekat dengan kaunter imigresen jika ada penumpangnya yang bermasalah dia akan cuba selesaikan . BAGUSKAN ?  TAPI AWAS . kalau anda bukan ASEAN , Japan , Korea anda kena apply visa siap siap sebelum ke sempadan.... kalau masa tu baru nak apply memang bas akan tinggalkan lah sebab proses aplly visa memang lambat gila .. tapi mujur aku orang malaysia jadi hulur jerlah passport dan dapat 14 hari VOA ha ha ha . Di imigresen kita kena tunjukan departure form yang kita telah isi masa nak masuk Laos tadi . Imigresen akan ambil departure form tu . PASTIKAN DEPARTURE FORM tidak hilang jiak tidak anda tak dibenarkan meninggalkan LAOS ... sama jer macam negara lain rasanya .

Selesai urusan imigresen ada satu lagi kaunter itu anda kena bayar EXIT TAX sebanyak 9000 kip . Selesai ambil tiket EXIT TAX tu anda akan melalui satu lagi check point . terakhir di komplek imigresen LAOS ini . check point ini akan pastikan anda telah membayar EXIT Tax  . Tunjukan resit bayaran tersebut dan akanda akan dibebaskan dari komplek tersebut . ha ha ha ha .... sebenarnya ada satu lagi kaunter tapi kali ini anda boleh ignore jer kaunter s=tersebut sebab bas anda telah menunggu anda . Jika anda naik mini van tadi anda perlu ke kaunter ini sebab ianya menjual tiket shuttle bas bernilai 15 bath utk menyemberangi jambatan Frienship Bridge itu . Tapi sebab anda telah naik teus dari Vientinae ke Nong Khai anda terus tuju kepada bas anda sahaja .

Bila semua penumpang telah ada dalam bas maka bas akan jalan . proses di imigresen laos ini lebih kurang 15 ke 30 minit bergantung kepada kesesakan di kaunter. Bas akan melintasai Sungai Mekong dan tiba di Check Point Thai lebih kurang 5 minit kemudian . Bas akan turunkan anda untuk pemeriksaan di Chek point Thai . Anda kena ambil semua bag anda disini jangan tinggalkan satu bag pun didalam bas kerana semua bag akan diperiksa satu persatu  disini . Tapi mula-mula aku kena ambil dulu borang VOA di kaunter imigresen thai . kemudia isi borang selepas itu beratur utk pemeriksaan passport . urusan di kaunter imigresen thai juga cukup efisien dan mudah sekejab jer telah lepas . selepas urusan imigresen anda kena buat pemeriksaan kastam dan keselamatan . semua bag akan di scan dan jika mencurigakan makan bag akan diselongkar . masukan semua kamrea ke lap top ke dalam bag dan scan sekali . itu yang terbaik utk memudahkan proses disini .

Selesai urusan keselamatan dan kastam maka anda terus menuju ke bas tadi semua ....30 minit urusan disini selesai

Bas akan bergerak bila semua penumpang telah masuk kedalam bas . TAPI jika anda ingin menaiki keretaapi ke destinasi lain seperti udon thani atau bangkok maka anda kena berhenti disini dan ambil tuk tuk atau berjalan kaki ke stesen keretapi .

Dalam 5 ke 10 minit bas akan sampai di stesen bas Nong Khai . selesai urusan cross border. MUDAH KAN ? jadi bila anda datang ke Vientiane jangan lupa masukkan satu hari agenda ke Nong Khai dan Udon Thani .


Selasa, 9 Oktober 2012

Laos - Melancong ke Vientiane Day 1 Episod 1

Trip kali ii telah dirancang 6 bulan yang lepas ketika terdapat promosi tiket oleh Air Asia . Maka setelah melakukan sedikit kaji selidik dan perancangan ala kadar maka saya pun memulakan perjalanan ini di awal pagi bermula jam 4am sudah terbangun dari tidur dan meyelesaikan beberapa keperlu sebelum berangkat .

Memandu kereta endiri pada jam 4:30am dan memakirkan kereta di parking berbumbung . ERL di putrajaya paling awal ialah pada jam 4:50am dan kemudian diikuti dengan 2nd trip pada pulul 5:20am dan setiap 1/2 berikutnya . Saya terlepas trip pertama pada memadangankan flight bertolkan pada jam 7:30am maka dengan trip kedua saya sampai di LCCT jam 6am . sempatlagi untuk solat subuh sementelah tiket sudah di check ini secara online awal lagi . selesai solat subuh barulah breakfast di Asia Taste  restoran . makan nasi lemak RM10 kemudian bergegas masuk untuk pemerikaaan imigresen jam 6:30am . selepas melalui imigresen terus ke kaunter Airasia didalam untuk tujuan pengesahan dokumen dan tiket . setelah selesai maka duduk samapai meninjau toilet untuk melepaskan hajat .

Flight tepat berangkat jam 7:30am . Sepatutnya kalau ikut perancangan awal flight adalah pada pukul 12pm tapi AirAsia telah menambah frequency flight dari 1 sehari kepada 2 sehari maka flight kami telah ditukar kepaada awal pagi . okay juga bolehlah samapai awal ke Vientiane.

Ini adalah Itenerary yang kami rancang awalnya setelah melakukan penyelidikan , memerah otak dan menemu bual beberapa orang yang telah kesana :


Itenarary option 1

Day 1 : 6 Sept 2012  9:30am tiba ti airport Vientiane
                              10:30am immigration clearing
                              10:45am tahan tok tok atau van utk pergi ke stesyen bas
                              12pm :  dalm bas ke Vieng Vang (tiket RM23 seorang)
                                4pm : sampai ke Vieng Vang
                              Over night kat Vieng Vang

Day 2 :  7 sept 2012  Pusing –pusing Vieng Vang dengan motosikal sewa
                                Overnight Vieng Vang

Day 3 :  8 sept 2012 8am : bertolak balik ke Vientiane
                              1pm sampai Vientiane
                              2pm pusing2 vientine
                              8mlm  pasar malam vientine
                              Overnight Vientiane

Day 4 : 9 sept         9:40am berangkat balik ke Malaysia


Itenarary option 2

Day 1 : 6 Sept 2012  9:30am tiba ti airport Vientiane
                              10:30am immigration clearing
                              10:45am tahan tok tok atau van utk pergi ke stesyen bas
                              12pm :  dalm bas ke Udon Thani
                              Over night kat Udon Thani

Day 2 :  7 sept 2012  Pusing2 Udon Thani
                                Pusing Pusing Non Khai
                                Overnight Vientiane

Day 3 :  8 sept 2012 8am : pusing2 vientine
                              1pm sampai Vientiane
                              2pm pusing2 vientine
                              8mlm  pasar malam vientine
                              Overnight Vientiane

Day 4 : 9 sept         9:40am berangkat balik ke Malaysia



Itenarary option 3

Day 1 : 6 Sept 2012  9:30am tiba ti airport Vientiane
                              10:30am immigration clearing
                              10:45am tahan tok tok atau van utk pergi ke stesyen bas
                              11am : check in hotel
                               1pm : pusing2 Vientiane
                              Over night kat Vientiane

Day 2 :  7 sept 2012  Pusing –pusing Vientiane dengan tok tok
                               Overnight Vientiane

Day 3 :  8 sept 2012  Pusing pusing Vientiane
                                Overnight Vientiane

Day 4 : 9 sept         9:40am berangkat balik ke malaysia

Itenerary ini difikirkan sesuaikan untuk memenuhkan 3D3N yang kami ada di Vientiane.

Tapi sebenarnya sehingga ke dalam pesawat kami masih tiada kata putus nak pakai option mana tapi yang tentu option 3 telah awal-awal lagi ditolak ketepi . Jadi tinggal 2 option yang sehingga 1 jam pesawat telah takeoff masih memerahkan otak utk buat pilihan . 1/2 jam sebelum landing baru kata putus dicapai itu sepakat kami memilih option 2 . Kenapa ?

ini jawapannya :

1. Kami hanya ada 3D3N .hari teakhir tak boleh kira sebab departure day .so yang benar-benar avaibale time kat Laos ialah 3D3N .

2. Bila otak penat memikir maka badan makin letih jadi kami rasa badan kami tak larat nak melalui jalan darat yang berlopak2 dan bertanah merah serta berliku-liku dan berbukit dalam 2 hari berturut2 didalam bas yang sendat dengan ayam dan kambing he he he ....

3. sebenarnya Viang Vieng memang menarik tapi lihat jawapan no 1. kalau kami kesana masa banyak dihabiskan didalam perjalanan sahaja sebab masa perjalanan pergi dah 5 jam dan balik pula 5 jam jadi dah 10 jam habis dijalan raya . itupun paling cepatlah . dengan ditambah masa menunggu lagi mungkin boleh jadi 12 jam masa habis sedangkan kami hanya ada 3D3N sahaja . 

4. puas hati tak reason diatas he he he

Ok kami landing di Vientiane jam lebih kurang 9:30am . terus membuat urusan imigersen . memag ifficient immigresen dia orang ni .  kejab je dah selesai urusan imigresen kemudian kena lalu lorong kastam dan health check . juga selesai dengan segera . sebenarnya tiada pemeriksan pun lalu jer lorong yag disediakan . sebab itu kejab jer ha ha ha .

Keluar daripada imegrsen terus nak cari transport ke bandar Vientiane . Matlamat ialah ke stesen bas sebab nak terus seberang border ke Northern East Thai iaitu Udon Thani . Tapi bila pergi ke kaunter bas yang terawal ke Nong Khai ialah pada jam 12:40pm sebab bas jam 9:30am dah lepas . Jadi bincang punya bincang , kami piun decide gi makan dulu . sebelum tu ada dua tiga orang ulat tiket yang merayu -rayu dengan kami utk bawa kami dengan minivan hingga ke sempadan dengan kadar yang agak mahal berbanding dengan tiket bas iaitu lebih kurang 30,000Kip seorang . bila kami tolak dengan cara baik dia orang turunkan lagi harga menjadi 20,000kip seorang dan bila tolak lagi ianya menjadi 15,000Kip . amazing kan ? boleh murah dari tiket bas . tiket bas seorang ialah 17,000 kip .  So kami ambil tak ? 

Jawapannya tentulah kami tak ambil sebab perut kami lapar dan kami sepakat menuju ke kedai makan dahulu iaitu kedai Nazim Restoran yang terletak di town center Vientiane . Sebelum bertolak ke kedai makan kami beli dulu tiket ke Nong Khai untuk jam 12:40pm . Sebelum itu kami nak bagi tahu plan yang kami rancang seperti di option 2 itu juga dah kami tak pakai sebab kami dah tukar sedikit program instead utk terus ke Udon Thani kami ambil keputusan untuk bermalam di Nong Khai dulu . besok pagi baru berangkat ke Udon Thani . jadi plan didalam kapal terbang telah bertukar lagi . 

So kami ambil satu tuk tuk utk ke kedai Nazim . Tuk tuk pun ada ulat di stesen bas Central ini atau stesen Talat Sao ini . tapi yang baiknya ulat-ulat ini boleh berbahasa english dengan fasih . depa ini menjadi penantara diantara pemandu tuk tuk dan customer . adalah komisen agaknya tu . tapi depa ni akan letakkan harga yang tinggi . kena tawar menawar . tapi ayng baiknya mereka ini tidak marah kalau kita tawar gila-gila . cuma kalau harga yang ditawarkan tu tidak munasabah mereka akan sengih jer dengan kita . Untuk ke restoran Nazim dari Stesen Bas Talat Sao ini mereka minta 10,000 kip seorang . selepas sesi tawar menawar mereka setuju dengan harga tawaran kami iaitu 20,000 kip utk empat orang ha ha ha ... tawaran yang agak lumayan di bumi laos ini .

Sebenarnya kami bercadang utk jalan kaki jer ke kedai nazim tu sebab tengok dalam peta macam dekat jer . tapi memandangkan bag-bag yang berat kami tetap memilih cara yang mudah dan murah ha ha ha . TUK TUK . tapi tutk tuk yang kami naik ini mungkin tuk tuk sapu kot sebab ada banyak tuk tuk parking depan syesyen bas tapi drever ini parking tuk tuk dia punya lah jauh dari systen bas . kami kena keluar dari stesen bas utk ke tuk tuk dia .sah kalau ada JPJ buat road block ini tuk tuk tu kena saman ni sebab ambil penumpang tanpa permit he he he ...

Ok . sebenarnya sebab utama kami tak ambil minivan ke sempadan dengan harga 15,000kip itu ialah disebabkan minivan itu hanya hantar kami sampai sempadan sahaja sedangkan bas terus hantar kami ke stsen bas Nong Khai . Jika ambil minivan kami kena ambil 2 bas lain lagi disempadan itu shuttle bas Friendship Brige yang beroperasi antara Imigresen Laos dan Imigresen Thai dan selepas imigresen Thai kami kena cari Tuk Tuk atau bas lain pulak untuk ke Pekan Nong Khai . buang masa kan dan mungkin kos akan bertambah lagi . Kos shuttle bas  adalah 15 Bath . Kos dari imgresen Tahi ke Pekan Nong Khai tak lah pula kami tahu. tak mahal sangat kot sebab dekat jer.

Lagi satu sebab apa kami decide utk bermalam di Nong Khai ? sedang kami tunggu dan berborak borak di stesen bas kami baca beberapa info pasal Nong Khai dan dapat maklumat bahawa Naga akan menyemburkan api dari dasar sungai mekong ke udara di malam hari beberapa hari sepanjang bulan Oktober . Jadi kami nak cuba nasib kot-kot naga akan timbul pada malam ini . ha ha ha . mana lah tahu kan ?  

Kami tiba di restoran Nazim jam 10:30am . terus order apa yang patut . Ada tulis halal kat restoran ini jadi belasah jerlah  apa yang patut . Selesai makan jam 11:30am kami kembali ke Talat Sao bus station dengan Tuk Tuk dengan harga 40,000 kip . Puhhhh susah nak tawar menawar tuk Tuk dekat Nazim Restoran  ini . Mungkin kawasan perlancongan . Tokey Nazim tu tolong dapatkan Tuk Tuk . Tokey ini pun banyak autalah dia cakap boleh dapat Tuk Tuk 20,000 kip tapi lepas tawar menawar tetap 40,000 kip . cis cis Nazim ko pun dah jadi ulat tiket ke ?  ayoooo 

Sebenarnya kat restoran Nazim ini aku cukup confius . sebab apa aku tanya seorang staf tu . memang islam lah bagi salam dia jawap tapi bila tanya waktu solat zuhur pukul berapa . tergagap gagap nak jawab . bila aku cakap betul ke zohor start pukul satu dia jawap yeee . Tapi bila aku check balik rupanya zohor jam 12pm lebih kurang . Kurang asam punya budak.

Kami sampai di talat Sao jam 11:45am dan bas yang nak ke Nong Khai sudah ada di stesen . Ramai passengger sedang loading barang dengan bantuan pekerja bas . Setiap bag yang diloading ke tempat abarang akan di tanda dengan nombor tempat duduk kita . bagus juga sistem ayng depa pakai . walaupun hanya di tanda dengan kertas yang dikoyak-koyak dan di staplekan ke bag kita . Kat malaysia ada ?  tak pernah aku nampak bag bag di tanda macam kat laos ini . he he he. mungkin sebab nak cross sempadan kot .

Tepat jam 12:40pm bas pun bergerak ke Nong Khai

...... to be continue