...... here I am trying to blog about my trip and vacation. Though I have the habit of writing the dairy when I go on a vacation, I never converted them digitally. This is my first attempt to narrate my trip experience. So far my previous trip bring me to all states in peninsular , all districts in sabah , all divisions in sarawak , brunei , labuan , to the highest peak of south east asia , singapore , batam , bandung , jakarta , padang , pagar ruyong , bukit tinggi, kalimantan , chiangmai , ho chi ming , chiang rai , bangkok , meisan , golden triangle , hanoi , new york , washington , san francisco , san jose , los angeles , hollywood , arizona , grand canyon , las vegas, chicago and crossing canada , alaska , northpole , siberian , mongolian ,, delhi , jaipur , agra , taj mahal , yangon , , beijing , vientiane , nong khai , udon thani , jeddah , madinah and mecca .My whole trip experience will be covered in my several blogs ( I will write as n when I get time ) . I will also upload my photos and provide the link.....

Sabtu, 20 Februari 2010

Trip To Vietnam Day 1

Trip To Vietnam - Part 1


Alhamdulillah .... pada hari ini perjalanan yang telah dirancang bermula bulan october 2009 telah berjalan seperti yang dirancangkan .

Selama dua minggu sebelum trip ini bermula aku telah melayari blog2 blogger yang menceritakan pengalaman mereka semasa melancung ke vietnam . Dari blog2 inilah banyak pengetahuan yg saya dapat untuk dijadikan rujukan apa yg perlu dilakukan di vietnam nanti ... blog dari naqies dan beberapa blogger lagi banyak membantu saya kali ini .

Berpandukan blog maka saya telah cuba menghubungi hotel Saigom Pink 2 untuk booking hotel tersebut . usaha beberapa kali melalui telepon dan email tidak berjaya .... saya hampir putus asa .... akhirnya saya cuba hubungi seorang sahabat yg berada di vietnam untuk booking hotel tersebut . kebetulan ketika itu dia berada di Phom Phem maka gagl lagi usaha saya . kenapa saya hanya melihat hotel ini sebagai destinasi saya kerana melalui blog2 saya diberitahu hotel ini paling dengan dengan tempat makan dan Pasar Ben Thanh .

Dengan tidak putus asa saya usaha lagi dengan melihat alamat dan no telepon yang berada disekitar Bne Thank dan baru saya terperasan bahawa no hotel tersebut tertinggal satu nombor sebagai mana yang diiklankan didalam web2 . Akhirnya saya berjaya menghubungi hotel tersebut dan menempah 4 biolik hotel untuk 8 org dengan harga 2 bilik untuk USD20 dan dua bilik lagi USD25 . Kemudian saya minta booking untuk half day trip ke Chu Ci Tunnels (sebut Ku Ci) .harga yang pihak hotel tawarkan ialah VND150,000 seorang untuk ke Chu Ci dan VND250,000 untuk 1 daya trip ke Mekong Delta. Dari blog juga saya mengetahu bahawa trip ke Chu Ci hanya USD5 dan Mekong Delta USD10 . Kemudian saya cuba searh di internet travel agent yg tawarkan pakej tersebut dan saya akhir berjumpa dengan Delta Adventure . mereka menawarkan half day Chu Ci trip USD5 dan Mekong Delta USD9 . Saya kemudian email mereka untuk tempah trip tersebut . Pastikan jika anda ingin ikut trip ini kena tempah paling lewat sehari lebih awal . Mereka telah mengesahkan tempahan saya dan meminta saya confirmkan tempahan dengan membuat bayaran bila tiba di Vietnam ( tapi syarat tetap kena bayar sehari lebih awal ).

Ok berbalik kepada perjalanan saya pada hari ini 19/2/2010 . Saya keluar dari rumah di Puchong dalam pukul 11 pagi . memandangkan saya belum tukar wang lagi makan saya singah di ATM dahulu dan kemudian terus ke Money Changer di Taman Equine . tukaran pada hari ini ilah USD100 = RM342.50 dan VND1juta = RM200 . saya tukar 600USD dan VND3juta. kemudian saya terus ke Putrajaya sentral untuk menaiki ERL ke KLIA . Saya naik ERL pada pukul 12:20pm dan tiba di KLIA pukul 12:35pm . seterusnya berkejar pula ke stesen bas untuk menaiki bas ke LCCT. Bas ke LCCT bertolak pd kul 1:00pm dan tiba di LCCT pd kul 1:30pm .... ngam- je time untuk check in : flight saya pukul 2:55pm tapi disebabkan saya dah check semalam melalui web maka saya tidak perlu datang awal . tapi masih perlu lapor diri di kaunter Travel Document Check .... puas juga laa saya cari kaunter tersebut ... mula saya ingatkan kaunter tu kaunter biasa iaitu kaunter R34 rupa tidak perlu beratur bdengan org yg chekc ini biasa . . setelah bertanya dengan pegawai Air Asia terus saya menuju ke Kaunter R4 yg khas untuk org yang Check ini melalui web . kat sini hanya perlu tunjukan pasport dan masuk beg sahaja . Alhamdulillah semua selesai dan tidak perlu que panjang .

Pukul 2:30pm kami mula masuk dan membuat pemeriksaan imegresen. Tepat jam 2:55pm berlepas dari LCCT dan penerbangan kali ini mempunyai banyak tempat kosong . Hanya kami sahaja org melayu dalam penerbangan ini . Penerbangan memakan masa selama 1jam 40 minit . Kami tiba di Saigon Airport tepat jam 3:45pm waktu Saigon . Setelah turun dari fligh kami melalui imegresen . Surprise me . It was very very diffenrence airport when I first arrive at Vietnam 10 years ago . Dan pemerikasaan imegresen juga tidak sesukar ketika itu begitu kastam juga sudah tidak cacar marba seperti 10 tahun lepas . 10 tahun lepas terlalu banyak procedure yg perlu di lalui untuk melepasi imegresen dan kastam . Tetapi kali ini amat mudah sekali . .

Tiada ulasan: